21 August 2011

# bercakap

salam.

lama benar rasa tidak mengumil. terkadang rasa rindu membuak, maklumla. bila segala rahsia hati kemas dikunci. sememangnya sangat sangat memerlukan teman di samping. teman itu adalah ini. si chentamaya. :)

alhamdulillah. sesungguhnya tiap tiap kejadian itu diturunkan tuhan ada hikmahnya. menguji cinta kita pada tuhan. syukur atas segalanya. tidak menyesal dengan semua yang berlaku. cuma rasa sesal itu kerana dosa yang membelenggu diri selama ini. terima kasih tuhan kerana memberi cubaan dan menambahkan iman hamba mu ini.

sungguh bersyukur aku untuk nikmat mu. alhamdulillah.

**

ramadhan sudah hampir ke penghujung. pejam celik masa terlalu cepat berlalu. rasa belum puas untuk mengejar segala bentuk amalan pada bulan ramadhan ini.

**

baju raya sudah ada beberapa pasang. boleh tersenyum girang dengan itu. :)

1 comments:

APi said...

meh datang rumah.. =)

Related Posts with Thumbnails