aku tidak mengenggamnya kemas. tidak juga terlalu loggar. cuma cukup aku tahu, jodoh aku ditentukan tuhan. cukup rasanya doa aku untuk mencintai orang yang mencintai ALLAH itu makbul walaupun bukan makbulnya kerana datang seorang putera yang mencintaimu yaALLAH tapi kerana menjauhkan aku daripada lelaki lelaki yang tidak membawaku ke arah mu. syukur kerana cinta aku jatuh kepadamu saat kesedihan ini datang. syukur kerana kamu tuhan yang satu membawa aku jauh dari dosa dosa silam. kebenarannya hanya kamu tuhan yang mengetahui. biar seluruh mata memandang pesong mahupun serong, aku tahu, tuhan pencipta alam itu tahu kebenaran.
rasa sesal itu ada kerana dosa silam. tapi aku yakin, penguat aku adalah cinta dan kasih sayang tuhan. syurga yang dijanjikan itu indah. dah neraka itu sangat pedih azabnya. ya allah ya tuhan ku. jika kau jatuhkan hatiku dengan cinta, jatuhkanlah ia dengan orang yang mencintaimu agar dia boleh membuat aku mencintaimu. kerana mencintaimu adalah sesuatu yang indah. ya ALLAH ya tuhanku.
memang sesekali rasa kecewa itu datang, tapi dengan mengingatimu hilang kecewa itu. mengadu dengan allah, adalah keindahan yang terlalu indah. menangis dengan kekecewaan lepas kepada tuhan adalah sesuatu yang amat melegakan. aku yakin, tuhan itu memberi bahagia lebih dari apa yang diberikan aku sebelum ini. tuhan itu sentiasa bersama walaupun kecewa aku terlalu banyak.
ya ALLAH ya tuhanku, terima kasih kerana memberi dugaan dan memberi kekuatan aku untuk mencintaimu, terima kasih kerana memberi sejuta hikmat dalam cabaran itu. kau adalah orang yang paling layak dicintai kerana kau tidak melukakan, tidak menyakitkan dan jugak tidak menghampakan hati hambamu. maha besar, maha kaya, maha mengetahui.
MAYA : alhamdulillah, tuhan peliharalah aku dijalanmu, agar aku tidak tersesat lagi di kemudian hari. tuhan, pimpinlah aku untuk mengejar nur kasihmu.


1 comments:
kenangan lama menjadikan kenangan untuk esok lusa lebih indah.. =)
Post a Comment