16 August 2011

# selasa

alhamdulillah. masih diberi peluang oleh tuhan bangun mengerjakan puasa pada hari ini. masih dibekalkan tubuh badan yang sihat untuk melaksanakan ibadah nya.

syukur, tuhan sedarkan aku pada usia ini. sedarkan aku sebelum aku terlewat. mungkin ada hikamh disebalik ini semua. mungkin ada hikmah disebalik segala kebenaran yang si polan bin polan sebutkan. sesungguhnya, kesedihan dan kepiluan yang dah diberikan dan dah ditentukan tu buat hati aku makin kuat pada allah. makin kuat untuk mendekati allah.

tuhan itu adil, mengabdikan diri kepada DIA adalah sesuatu yang indah. aku dapat rasakan semua tu. keindahan tuhan tiada galang gantinya. mengejar cinta pada tuhan tidak akan ada satu rasa sesal dan sesak pun di dalam hati. malahan mengejar cinta tuhan itu buat aku semakin berlari laju mengejar nur ALLAH.

tidak kesal dengan semua yang berlaku dibelakang, kerana tuhan menjanjikan yang terbaik dihadapan. tidak sesal dengan semua yang terjadi di belakang, kerana tuhan menguatkan aku kepada DIA. tuhan menguatkan aku untuk mengejar DIA. masyaALLAH, nikmat tuhan itu indah. nikmat tuhan itu sangat indah. syukur hari ini aku masih lagi diberi nikmat hidup oleh ALLAH untuk beribadah kepada nya.

2 comments:

kueh bakar said...

alhamdulillah..erkkk kenyang..

gulp!

nik rosmawati said...

btol tu.tak perlu kesal apa yg berlaku sebelum ni.jadikan pengajaran kan.

Related Posts with Thumbnails