lama dah aku tak menulis. tak ada apa yang nak dibincangkan dengan sirius disini. hidup baik baik aja. tenang tenang aja dengan keadaan sekarang. yela, orang macam aku yang tak tau nak manage tentang duit, tentang hidup, tentang orang orang sekeliling. tapi alhamdulillah, makin dewasa ni aku dah boleh la berfikir rasanya macam lebih waras dari sebelum sebelum ini. bukan maksod aku selama ni aku tak waras. cuma fikiran aku lagi matang berbanding dulu. yela, mana tak nya, kesilapan dulu tu mungkin buat otak jadi lebih cergas dari dulu. alhamdulillah.
hidup dengan dunia sendiri tu lagi baik, dengan kawan kawan yang memang kecoh dan menceriakan. dengan family yang memang memahami lebih lebih lagi mak, dengan adik beradik yang caring macam acik dan akak. tak ada apa yang perlu di komenkan tentang kehidupan sekarang, sebab rasanya hidup lebih baik dari dulu.
cinta? hati manusia kita sendiri tak boleh baca masa depan kan? esok lusa kita tak tahu. tapi cukup aku kata aku cuma punya satu cinta untuk ALLAH buat masa ini. mengejar cinta allah itu memang terasa kebahagiaan. alhamdulillah. percaya pada jodoh dan ketetapan yang allah dah janjikan untuk kita. sekarang, cuma masa untuk solehah kan diri sendiri. aku tak nak mengejar dunia dengan berlumba lumba tentang keduniaan. aku tak nak kotorkan hati sendiri dengan dengki, dendam dan semua yang berkaitan. alhamdulillah aku harap doa doa aku akan termakbul, kalau bukan untuk aku pun, untuk orang orang sekeliling aku.
bukan aku nak bagitau aku baik. tidak sama sekali, jangan kata aku cuma menagih simpati. kau orang akan paham kalau kau orang jadi penulis. lagi lagi macam aku, penulis yang dah tak aktif macam dulu. :P
stop sini dulu. sambung lain kali.
ps; macam tergantung kan?


2 comments:
lamenye akak tak singgah sini.... life is easier if we want it to be kan? :D have a great day dear...
http://www.khaizarien.com
life must go on :)
lebih ceria adanya mereka yg disayangi disisi :)
Post a Comment