09 February 2012

#ampunkan aku

bila hampir satu purnama. rasa itu datang kembali. sukar dinyatakan, sukar diukirkan, sukar dimadahkan. yang pasti, ianya kembali kepada asal. bila hampir satu purnama. hati yang cuba dipujuk, hati itu kental kembali. mengukir kata itu bukan seindah bulan di angkasa. mengukir bunga ditaman hati bukan juga seindah bintang di langit. sesekali, bunga di ukir ada sedikit cela yang mungkin kita tak pasti. hidup bukan cuma mengejar nafsu dan tanpa kita sedar kita tertinggal sesuatu.

ps; yaasin. aku kira pengubat hati yang mengentalkan hati. tuhan. maaf kalau aku melupakanmu, sungguh, cinta itu kekal abadi untukmu. ampunkan aku kerana terlalu mengejar dunia mati yang aku sendiri ciptakan. tuhan, ampunkan aku andai aku sedang berlari mengejar cinta manusia yang alpa. tuhan, ampunkan aku jika aku longlai bersama nafsu duniawi. tuhan, ampunkan aku kerana melupakan awabin dan taubat untukmu. ampunkan aku kerana alpa tentang tahajjud padamu.

2 comments:

ZWAN SABRI said...

hurrmmm, bila kenang balik segala dosa yg kita buat, rasa macam diri kita ni hina n kotoq sangat.. HUHU

ctZue said...

sama2 kita dekatkan diri kita pada DIa yg satu..amin

Related Posts with Thumbnails